Saturday, April 24, 2010

Al-Fatihah buat Madam Farida

Puan Nor Faridah Ahmad meninggal dunia pada pagi 19 April 2010, hari Isnin.

Beliau yang dikenali sebagai Madam Farida dalam kalangan para pelajarnya pernah mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak.

Dan pastinya beliau mengajar batch 0307 ketika SPM 2007 memastikan keputusan yang cemerlang untuk batch kita.

Allahyarhamah Madam Farida dikenali dikalangan pelajarnya sebagai seorang yang ceria.

Masih terngiang-ngiang di telinga penulis tika Allahyarhamah bergurau senda dengannya di dalam kelas 5 Al-Khawarizmi 2007, Set 1 English class.

Beliau tidak pernah lekang dengan senyuman dan kelas yang diajarnya sentiasa ceria.

Kadangkala beliau tegas dalam memastikan para pelajarnya sentiasa serius ketika belajar agar memastikan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Siapa yang dapat melupakan esei-esei yang ditulis berulang-ulang kali agar memastikan 'grammar' yang digunakan betul dan intipati esei sentiasa menarik agar dapat digunakan dalam peperiksaan nanti.

Tidak dapat dinafikan, Allahyarhamah sudahpun tampak sakit ketika itu (2007)

Namun ketabahan Allahyarhamah untuk kekal mengajar memberikan inspirasi kepada para pelajar untuk sabar dalam apa yang dilalui.

Malah, Allahyarhamah tidak pernah menunjukkan yang beliau dalam keadaan lemah dihadapan para pelajar. Beliau kekal bersemangat dan kekal ceria ketika di dalam kelas.

Bagi penulis, Allahyarhamah membuka lembaran baru dalam benak pemikiran pelajar.

Allahyarhamah bukan setakat mengajar Bahasa Inggeris, beliau mengajar pelajarnya untuk berfikir diluar pemikiran biasa.

Untuk tidak menerima apa yang dipelajari bulat-bulat,

Untuk faham dan bukannya menghafal,

Untuk tahu dan bukan hanya mengikut

Allahyarhamah tampak faham akan kepentingan menjaga agama.

Allahyarhamah tampak faham akan kepentingan mendidik bangsa.

Allahyarhamah tampak faham akan kepentingan ilmu yang dibawa.

Maka bicaralah perkara yang baik-baik tentang Allahyarhamah.

Kerana dia seorang pendidik sejati.

Hilangnya beliau meninggalkan budi.

Al-Fatihah buat Madam Farida.

3 comments:

pale kecik said...

alfatihah :(
moge beliau ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman

Hajar said...

kash~~
madam ajar kt 5AB la..
huhu..al-Fatihah...

kash berimbun said...

ops. sorry. salah. Maybe yang aku ingat waktu dia masuk 5 AK kot:)