Thursday, August 05, 2010

Reunion? Belum Lagi

terdengar kata2 ada mereka yang mahukan reunion.

"Reunion batch 1st biler nak buat?"

Salah satu saoalan yang diajukan kepada saya oleh seorang rakan wanita.

Baik, kepada rakan yang tertanya2, inlah jawapannya.

Alasan yang cukup berwibawa.

Sekarang ni, kedudukan sahabat2 kita dari 1st batch Integrasi Gombak berterabur di seluruh dunia.

Ada di United Kingdom, ada di Jerman, ada di Mesir, ada di macam2 benua lagi la.

Ada yang tengah sibuk bersiap2 untuk k luar negara.

Termasuk juga sahabat2 lain yang sedang bersungguh2 belajar di IPT2 seluruh negara.

Semua nampaknya sedang berusaha menstabilkan kehidupan utuk sasaran jangka masa panjang

Semua nampaknya tengah sibuk menuntut ilmu lagi.

Maklumlah, semua mahu memastikan masa depan yang cerah.

Maka sekarang, bagi pendapat saya, adalah tidak wajar untuk mengendalikan majlis perjumpaan semula dengan separuh sahabat2 batch kita tertakhluk pada masa lapang yang bukan dibawah kuasa mereka untuk ditentukan sendiri.

Sabar ya kawan2.

Saya cadangkan, kalau ingin juga buat perjumpaan semula, buatlah dalam kumpulan kecil dahulu.

Seperti perjumpaan kelas, kelab, mentor mentee, rumah sukan, dorm, aras, unit beruniform, kumpulan pertandingan MSSD dan sebagainya.

Atau cadangkan suatu perjumpaan bebas batch kita, tapi dalam skala yang lebih kecil sendiri2.

Kalau ada yang memang ada masa yang lapang dan sekurang2nya mampu men'synchronize'kan sebuah perjumpaan berskala besar, maka adalah amat dialu2kan. saya janji akan bantu mana yang termampu.

InsyaAllah, reunion keseluruhan batch akan menyusul dengan penganjuran yang tersusun.

Tapi bukanlah dalam masa yang terdekat.

Kesimpulannya, elakkan gosip2 yang tiada faedah. Ampun maaf bagi yang bersungguh2 benar. hubungi saya jika mahukan bantuan apa2 berkenaan isu ini. Jika ada apa2 soalan atau apa2 cadangan sila ajukan terus pada email ini.

blanc_noir19@yahoo.com

Orait. teruskan!Usaha untuk hidupmu!

-Muhammad Kasyful Azim.

No comments: