Saturday, September 04, 2010

jemputan

rakan2

dengan ini saya mau memaklumkan bahawa anda semua
selaku alumni SBPI Gombak dijemput untuk memeriahkan majlis makan2 sempena hari raya di Integomb, atas jemputan PK1, Cikgu Salleh pada 16 September 2010

details yg lebih lanjut masih gagal diperolehi kerana pemberitahu jemputan, 'Ammar tak bagitahu detail dia lagi, apa2 berita lanjut akan dimaklumkan kemudian

Sekian, terima kasih :)

ps:sebarang soalan sila rujuk kepada 'Ammar Afi Amran di facebook beliau ye ;)

Friday, August 27, 2010

Gombak Crossing Boundries (GCB-grill chicken burger :P)

ok, aku xnk formal sgt utk post kali nih..haha..hari Rabu yg lps, 25 August 2010 kitorg iaitu adam, rahimi, ridhu, aqeel, leh, faqrie, kash, kay, zamir, nebshid, pqah k, izyan (aku la tuh), izah, amoi, ain afiqah, maryam n zalikha telah mengendalikan 1 program utk dak2 f5 2010 Integomb. program tuh pade mulenye aku pon xtau ape namenye..haha..Gombak Crossing Boundries, which is ilham dari adam dan rahimi..

program tuh ade 3 slot :
  1. Icon - semacam forum yg melibatkan 3 org senior kite dari first batch, abang fahrul, kak tiqah n abang hosni (haa,yg ni bkn first batch..haha). slot nih membincangkan perihal life semase skolah dan lps skolah (basically lah)
  2. Intermission - slot yang melibatkan kitorg..kitorg bagi pendedahan kat dak2 f5 nih psl jenis2 foundation; IB, A level, SAM, ICPU, matriks, GMI, medic mesir and ADP
  3. W.A.U - We Are United; kitorg men game ngn dak2 f5 lps abes terawikh sume la en, game mafia. basically this slot utk unitekan batch dorg (hopefully dorg unite ah pasni en..haha)
dan mengikut adam, program yang kitorg buat ni adalah yg pertama kali diadakan kat skolah. slot utama dlm program ni adalah slot yang kedua; Intermission (slot ni lah yg pertama kali diadakan tuh..) Tahniah lah utk batch hero kite nih sbb berjaya mengadakan program seumpama ni..


ngan dak2 grup aku ngn leh

dak2 laki f5

faci lelaki

time Icon

adam bagi opening speech

due org cikgu ni jelah yg ade ngn kitorg..Pn. Mahizun and Pn. Hayana

sebelum program bermula

tengah diskus kat bilik kaunseling

Saturday, August 14, 2010

salam ramadhan :)


Salam Ramadhan friends :)
may this Ramadhan brighten your life
and allow you to be a better muslim/muslimah
wherever you are in this world
speaking of which, this is a data given by ridhu of the statistics of our batch around the world
however only 172 persons contributed to this data as the remaining persons have not given their details to whoever in charge:

sorry, my bad
tried to enlarge this pic, but i failed to
but you can just check it on facebook :)

ps:missing the moments we spent our Ramadhan together at school :(

Thursday, August 05, 2010

Reunion? Belum Lagi

terdengar kata2 ada mereka yang mahukan reunion.

"Reunion batch 1st biler nak buat?"

Salah satu saoalan yang diajukan kepada saya oleh seorang rakan wanita.

Baik, kepada rakan yang tertanya2, inlah jawapannya.

Alasan yang cukup berwibawa.

Sekarang ni, kedudukan sahabat2 kita dari 1st batch Integrasi Gombak berterabur di seluruh dunia.

Ada di United Kingdom, ada di Jerman, ada di Mesir, ada di macam2 benua lagi la.

Ada yang tengah sibuk bersiap2 untuk k luar negara.

Termasuk juga sahabat2 lain yang sedang bersungguh2 belajar di IPT2 seluruh negara.

Semua nampaknya sedang berusaha menstabilkan kehidupan utuk sasaran jangka masa panjang

Semua nampaknya tengah sibuk menuntut ilmu lagi.

Maklumlah, semua mahu memastikan masa depan yang cerah.

Maka sekarang, bagi pendapat saya, adalah tidak wajar untuk mengendalikan majlis perjumpaan semula dengan separuh sahabat2 batch kita tertakhluk pada masa lapang yang bukan dibawah kuasa mereka untuk ditentukan sendiri.

Sabar ya kawan2.

Saya cadangkan, kalau ingin juga buat perjumpaan semula, buatlah dalam kumpulan kecil dahulu.

Seperti perjumpaan kelas, kelab, mentor mentee, rumah sukan, dorm, aras, unit beruniform, kumpulan pertandingan MSSD dan sebagainya.

Atau cadangkan suatu perjumpaan bebas batch kita, tapi dalam skala yang lebih kecil sendiri2.

Kalau ada yang memang ada masa yang lapang dan sekurang2nya mampu men'synchronize'kan sebuah perjumpaan berskala besar, maka adalah amat dialu2kan. saya janji akan bantu mana yang termampu.

InsyaAllah, reunion keseluruhan batch akan menyusul dengan penganjuran yang tersusun.

Tapi bukanlah dalam masa yang terdekat.

Kesimpulannya, elakkan gosip2 yang tiada faedah. Ampun maaf bagi yang bersungguh2 benar. hubungi saya jika mahukan bantuan apa2 berkenaan isu ini. Jika ada apa2 soalan atau apa2 cadangan sila ajukan terus pada email ini.

blanc_noir19@yahoo.com

Orait. teruskan!Usaha untuk hidupmu!

-Muhammad Kasyful Azim.

Saturday, April 24, 2010

Al-Fatihah buat Madam Farida

Puan Nor Faridah Ahmad meninggal dunia pada pagi 19 April 2010, hari Isnin.

Beliau yang dikenali sebagai Madam Farida dalam kalangan para pelajarnya pernah mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak.

Dan pastinya beliau mengajar batch 0307 ketika SPM 2007 memastikan keputusan yang cemerlang untuk batch kita.

Allahyarhamah Madam Farida dikenali dikalangan pelajarnya sebagai seorang yang ceria.

Masih terngiang-ngiang di telinga penulis tika Allahyarhamah bergurau senda dengannya di dalam kelas 5 Al-Khawarizmi 2007, Set 1 English class.

Beliau tidak pernah lekang dengan senyuman dan kelas yang diajarnya sentiasa ceria.

Kadangkala beliau tegas dalam memastikan para pelajarnya sentiasa serius ketika belajar agar memastikan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Siapa yang dapat melupakan esei-esei yang ditulis berulang-ulang kali agar memastikan 'grammar' yang digunakan betul dan intipati esei sentiasa menarik agar dapat digunakan dalam peperiksaan nanti.

Tidak dapat dinafikan, Allahyarhamah sudahpun tampak sakit ketika itu (2007)

Namun ketabahan Allahyarhamah untuk kekal mengajar memberikan inspirasi kepada para pelajar untuk sabar dalam apa yang dilalui.

Malah, Allahyarhamah tidak pernah menunjukkan yang beliau dalam keadaan lemah dihadapan para pelajar. Beliau kekal bersemangat dan kekal ceria ketika di dalam kelas.

Bagi penulis, Allahyarhamah membuka lembaran baru dalam benak pemikiran pelajar.

Allahyarhamah bukan setakat mengajar Bahasa Inggeris, beliau mengajar pelajarnya untuk berfikir diluar pemikiran biasa.

Untuk tidak menerima apa yang dipelajari bulat-bulat,

Untuk faham dan bukannya menghafal,

Untuk tahu dan bukan hanya mengikut

Allahyarhamah tampak faham akan kepentingan menjaga agama.

Allahyarhamah tampak faham akan kepentingan mendidik bangsa.

Allahyarhamah tampak faham akan kepentingan ilmu yang dibawa.

Maka bicaralah perkara yang baik-baik tentang Allahyarhamah.

Kerana dia seorang pendidik sejati.

Hilangnya beliau meninggalkan budi.

Al-Fatihah buat Madam Farida.

Wednesday, February 24, 2010

our beloved chemistry teacher, cikgu wan.

found in facebook
credit to amira hanida, 5th fivers



bangga dgn cikgu wan! :)

Wednesday, February 17, 2010

berita.

salam.

korg,
baru tertengok gmbar 2nd batch, batch abg hanief semua tu
pergi mlawat cikgu faridah said yg skarang tgh sakit cancer t-cell lymphocyte
sekarang cikgu dirawat di hospital ampang (bkn ampang puteri, ok)
tp further information psl bilik apa semua x sure lg, nnt aku check balik
tp klu sapa2 dh tau, sile maklumkan kt cni, ke kt shoutbox, ok?

jd mari sama2 kita doakan smoga cikgu kuatkn semangat
dapat sembuh balik dan kembali berbakti kpd anak bangsa :)
amin...

7 years now!



HAPPY 7TH ANNIVERSARY INTEGOMBIANS!


17/02/03 - 17/02/10

it has been 7 years already~
many things have changed during this period
we may have physically changed
mentally changed
educationally changed
but may our friendship remains unchanged, forever.

"Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born."
- Anais Nin

Monday, February 15, 2010

sunyi sepi gelap gelitaa -__-"

muke series excited

last day if xsilap

teachers day. RED CARPET :D

erk form 1? ke form 2?

dataran perhimpunan paling unik

oh bernyawe lagi tak belog ni??
hello hello helll llooo
*okayy da jadi mcm org gile disini*
just amek random pics.
so barangsiape yg nak jadi tukang cerita karut di belog ni silelaa tinggalkan your email kt shoutmix tu taw.
kalo bole satu batch boley jadi.
ramai ramai lagi bgos.
mane tahu korang lagi banyak idea utk gune this blog.
for annoucement. contact. stories. whatever laa.

kerjasama anda amat kami hargai
:D

love yaa!