Saturday, September 05, 2009

Kenapa kau perlu bukak web ini.

Kenapa anda nak kesah pasal kisah2 lama, lagi2 pasal sekolah?

Siap ada website lagi.

(Sila baca sampai habis post ini agar tak tersalah ambil maksud)

Apa, korang tak puas lagi merenung muka Pn Patiah, En, Salleh?

Korang tak puas lagi nak mencium bau Dewan Makan?

Korang tak puas lagi kena sebat bangun Subuh?

aku rasa semua dah elok berbirat kena kat mana-mana bahagian.

Tak kisah la anda lelaki atau wanita.

Web ni,

Bukan pasal sebat-sebat merah kat bahagian tubuh badan kau.

Web ni, supaya korang semua tak putus saudara.

Kita ni senegara, Islam pulak tu.

Tak kisahla korang kat mana-mana pun.

Kat Malaysia ke,

UK, German, USA, Indonesia, Mesir,

Perancis, Switzerland, Russia, Syria,

mana-mana lagi negara pelik kau pergi.

Nanti dah ada yang nak kahwin la, beranak la, kerja sambilan la, sakit2 la, bankrupt la, graduate la, kaya la, lain2 lagi la.

Nanti kalau tak cukup duit ke nak hidup, boleh la kontek untuk pinjam.

Senang nak mintak tolong. Senang nak pergi beraya nanti.

Web ni jugak supaya korang sedar diri

Dulu kau pun pakai baju sekolah.

Baju putih seluar hijau, Baju putih kain biru

Pengawas lain sikit, Pengawas Pusat Sumber Pn. Durasni bagi pelik sikit, PRS... no comment.

Semua pakai badge sekolah jugak, tampal ke, jahit ke.

Semua belajar dengan dengan Ustaz Sahli jugak, kena lempang dengan Cikgu Halim jugak,

So, jangan la berlagak jauh2. nanti orang pon menyampah.

So, banyakkan mengucap panjang, ingat hidup kau dulu supaya nanti tak de la yang nak makan rasuah, buat perkara2 mengarut. Ingat Tuhan.

Nanti, tak lama lagi, ramai antara kita yang akan berjaya. InsyaAllah, semua.

Masa-masa, tu, korang miss la balik waktu korang kat sekolah.

Menangis macam mana pun, kita dah tua. tak payah la nak berlagak muda.

Jadi, ambik la kisah pasal sahabat2 lama kita. Tak rugi pun. Siap beribu untungnye.

Komen banyak2, isi shoutbox kat tepi tu.

Nanti kita jumpa lagi.

PS: Aqeel, Jumaat malam aku ada program. tak leh pegi klcc bukak pose la bro. sori bai. Sape2 nak tahu lagi, msg Aqeel.

3 comments:

NabilahRashida said...

nabilah likes this post

*bjet cm fb je...

Izyan said...

sape2 yg hebat bab godam2 website nih sile la tampil..haha..

Syahidah Sith said...

hahaha. nabe, if ade cmtu syahidah pun likes this post.
:DD