Wednesday, September 16, 2009

Sana-Sini Sama Sahaja

Apa langkah seterusnya?

Anda sudah berjaya di sekolah, itu kisah 2 tahun lalu.

Apa langkah seterusnya?

Sekarang anda sedang bersedia di matrik untuk ke universiti kita,

Sekarang anda sedang bersedia ke luar negara dan sudah pun berada di sana,

Apa langkah seterusnya?

Jangan lupa, kegagalan itu ada.

Kegagalan itu di jalan yang anda sendiri pilih.

Anda ketawa sekarang, anda berehat sekarang,

Anda pasti derita kelak,

Anda akan derita pada masa akan datang.

Apa langkah seterusnya?

Bergerak.

Yang pejam, bukakan. Yang baring, bangunkan. Yang duduk, dirikan. Yang kaku, jalankan.

Apa langkah seterusnya?

Anda bukan lagi picisan. Anda sudah berumur. Tanggungjawab atas pundak masing-masing.

Berhenti menangis, Berhenti merayu, Berhenti menyalahkan, Berhenti akan lupa.

Apa langkah seterusnya?

Anda tentukan.

Kaki anda, anda yang melangkah.

Busuk kaki anda, kurap kaki anda, darah kaki anda, ketuat, lecet, nanah

anda sendiri basuh, anda sendiri yang jaga.

Tanya diri sendiri, Anda di mana 5 tahun lagi?

Apa langkah seterusnya?